Social Icons

SELAMAT DATANG

Laman Blog Informasi Sk.Tok Motong ini dibina khas bagi memberikan maklumat terkini mengenai sekolah dan juga untuk memperkenalkan sekolah kepada orang luar. Pembinaan Laman Blog Informasi ini adalah salah satu agenda yang telah dirancang oleh Unit ICT SKTMg. Laman Blog ini diharap menjadi suatu saluran perhubungan antara sekolah dan masyarakat luar.Pembinaan yang dimulakan sejak awal Mei 2010 telah pun siap sepenuhnya sekarang. Beberapa penambahbaikan laman Blog ini akan dilakukan dari semasa ke semasa.

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Featured Posts

Tuesday, December 29, 2015

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2016

Selasa, 29 Dis 2015 - Alhamdulillah. Beryukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesihatan dan kekuatan bagi memulakan tugas dan tanggungjawab kita sebagai warga pendidik bagi sesi 2016/2017. Di kesempatan ini saya memanjatkan kesyukuran dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak berbelah bahagi di atas kerja buat kita sepanjang tahun 2015.

Marilah dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kita memulakan tahun 2016 dengan azam dan semangat yang tinggi dan murni dalam menjayakan perancangan kita bagi sesi 2016 dan 2017. Alhamdulillah diharapkan dengan perancangan murni ini kita dapat menjelmakan dan mininspirasikan suatu kejayaan yang abadi buat warga sekolah amya dan murid-murid yang dikasihi khususnya sekalian.

Selamat berkhidmat.

-Rangidah Jamaludin-
GB SKTMg




Monday, December 23, 2013

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2014

Makluman kepada semua guru. Mesyuarat Guru SK Tok Motong 2014 akan diadakan seperti mana berikut:

                                     Tarikh : 26 DISEMBER 2013 (KHAMIS)
                                     Masa : 0900 PAGI

(SEMUA GURU DIWAJIBKAN HADIR UNTUK PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN 2014)
                           

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Thursday, November 21, 2013

PENTING : SILA KEMASKINI MAKLUMAT E OPERASI ANDA

Maklumat penting pengemaskinkian E-Operasi  Guru Besar dan Guru nolong Kanan serta para guru.....SK TOK MOTONG..

1. Kemaskini data guru hendaklah dilaksanakan mengikut prosidur biasa. Guru mengemas data mereka,  GPK menyemak dan Guru Besar membuat pengesahan.

2. Sekolah boleh memuat turun, mencetak dan mempamirkan sijil Perjawatan 2013 melalui E-Operasi

3. Pihak sekolah (Guru Besar) mesti mengemaskini kedudukan kelas sekarang, jumlah murid dan subjek elektif untuk penentuan Perjawatan 2014

Sekian, terima kasih,, harap dapat kerjasama semua guru.

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Ahmad Azam

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Ahmad Azam

Tatkala diri terleka dengan dunia, ada insan muda yang membuatku terjaga, bangkit dari mimpi dan angan-angan yang tiada sudah....insan yang dipilih Allah ini, membuatku terpana seketika, betapa usia itu perlu dimanfaatkan sehabis mungkin.....salam takziah...al-fatihah buat mu adik Ahmad Ammar Ahmad Azam...



"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
-al-imran:185

...pengakhirannya tergambar dengan hidupmu kini...
 

Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akandikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.


-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H 

Thursday, November 14, 2013

UPSR 2013 SKTMg : SEKITAR PENGUMUMAN UPSR SK TOK MOTONG









UPSR 2013 : CALON YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG 5 A`s

ALIF IMRAN

AHMAD AFHAM

Aina Syafiqa

Azwin Syahirah

Tahniah buat adik adik yang cemerlang. Kepada murid-murid yang lain perjalanan kita sebagai pelajar masih jauh. Teruskan usaha jangan putus asa dan pastikan kita terus cemerlang di masa hadapan dari semua aspek jasmani emosi rohani intelek dan spirutual. Menyahut cabaran di alaf ke 21 berjaya di dunia dan di Akhirat
~~~~~~SALAM PERJUANGAN DARIPADA GURU GURU SKTMg~~~~

UPSR 2013 : TAHNIAH SK TOK MOTONG





UPSR : Terengganu kekal terbaik UPSR

14 November 2013

Terengganu kekal terbaik UPSR

Oleh: Aida Abd Rahman

Terengganu terus unggul dalam pendidikan negara apabila merekodkan keputusan terbaik dan mengatasi pencapaian peringkat nasional dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan serentak, hari ini.

Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN), 2.20 mengatasi pencapaian Gred Purata Nasional, 2.27.

Terengganu turut mengatasi pencapaian peringkat nasional bagi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang melibatkan lima subjek, iaitu bahasa Melayu (BM) Pemahaman Sekolah Kebangsaan (SK), bahasa Inggeris (BI) (SK), Sains, BM Pemahaman Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) dan BI SJKC.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zakaria Hussin, berkata dari segi GPN, pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun ini meningkat 0.01 mata GPN kepada 2.20 berbanding tahun lalu.

“GPN ini juga mengatasi pencapaian peringkat nasional yang mencatat 2.27. Sementara pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A pula meningkat sebanyak 0.78 peratus, iaitu daripada 13.22 peratus pada tahun lalu kepada 14.00 peratus pada kali ini.

“Peratusan calon yang memperolehi pencapaian baik dengan minimum gred C bagi semua mata pelajaran juga meningkat 0.2 peratus kepada 69.1 peratus berbanding tahun lalu,” katanya di Pejabat JPNT, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, hari ini.

Encik Zakaria berkata, negeri ini juga menunjukkan peningkatan dalam peratusan calon yang memperolehi pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum sebanyak 0.07 peratus kepada 3.58 peratus pada tahun ini.

Katanya, sebanyak 21 sekolah menunjukkan pencapaian terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok Model Khas, Setiu (1.14) merekod keputusan terbaik di seluruh Terengganu.

Sekolah lain termasuk SK Kuala Berang (1.17), SK Teris (1.20), SK Dusun, Hulu Terengganu (1.26), SK Paya Bunga (1.36), SK Binjai Kertas (1.37), SK Seri Berang (1.37), SK Kemat (1.40), SK Lubok Teras, Setiu (1.43), SK Tapu (1.46) dan SK Kuala Kubang, Besut (1.47).

”Alhamdulillah prestasi UPSR kali ini terus meningkat. Walaupun peningkatannya kecil, kita tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pencapaian prestasi keseluruhan UPSR 2013 di seluruh Terengganu amat cemerlang.

“Insya-Allah kecemerlangan ini akan diteruskan dan dipertingkatkan pada tahun-tahun hadapan. Saya mewakili warga pendidikan negeri mengucapkan setinggi-tinggi pengharagan dan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri atas bantuan kewangan dan sokongan moral menjayakan aktiviti serta program pendidikan selama ini,” katanya

Monday, November 11, 2013

PERHATIAN UNTUK TINDAKAN


PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU,

SILA BAWA LAPTOP MASING UNTUK PENGISIAN SPS/ICTL PADA HARI SELASA (12/11/2013)
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
__________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu. Tel: 096979192, Fax: 096904652, e-mail: sktmtg.ppdbesut@gmail.com,

website: http://sktmtg.blogspot.com